
Citizens International bimbang dan mengecam dengan keras serangan ketenteraan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara Republik Islam Iran yang berdaulat.
Tindakan peperangan adalah bersalahan di sisi undang-undang antarabangsa, Piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan prinsip kedaulatan bagi negara-negara merdeka. Tindakan ganas ini bukanlah serangan terhadap satu negara semata-mata; sebaliknya, ianya adalah serangan terhadap prinsip dasar bagi tatanan dunia berasaskan undang-undang dan sekaligus mengancam keamanan serantau dan dunia.
Pandangan kami adalah seperti berikut:
- Mengecam dengan tegas dan bersedia memberi sokongan: Kami mengecam dengan tegas serangan bacul dan haram yang dibuat oleh AS dan Israel. Kami sepenuhnya bersolidariti bersama dengan kerajaan dan rakyat Iran yang berhak untuk mempertahankan negara, kedaulatan dan integriti wilayah mereka daripada serangan luar.
- Menyeru kepada Masyrakat Antarabangsa: Kami menyeru masyarakat antarabangsa — termasuk ahli-ahli Non-Aligned Movement (NAM), ahli-ahli Organisation of Islamic Cooperation (OIC), dan kesemua negara yang mencintakan kedamaian — untuk segera ke depan dan menghulurkan bantuan kepada negara Republik Islam Iran untuk mempertahankan kedaulatan mereka. Berdiam diri di hadapan keganasan dan serangan yang berlaku bermaksud anda juga bersubahat. Dunia harus bersatu untuk mengangkat keluhuran garis sempadan negara dan membasmi konflik seperti ini daripada terus berkembang menjadi satu perperangan yang tidak dapat dikawal.
- Menyeru kepada warga rakyat Amerika: Mesej ini kami tujukan kepada rakyat Amerika Syarikat. Sejarah akan terus merakam pihak yang bersubahat dalam melancarkan perperangan haram seperti ini. Kami menyeru kepada anda semua, rakyat Amerika, untuk bangkit dan menggesa pemerintah kamu untuk segera menghentikan keganasan ini. Gunaan hak demokrasi kalian untuk memberi tekanan agar perang ini segera dimuktamadkan, dan menghentikan daripada membekalkan senjata bagi membiayai serangan ini, serta memilih jalan diplomasi dan bukannya jalan kehancuran.
- Seruan terhadap Kerajaan Malaysia: Sebagai satu bangsa yang komited dengan kedamaian, keadilan, dan hak negara-negara berdaulat, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk ke depan dan mengambil peranan sebagai pendahulu bagi menolak serangan ini. Kami menggesa kerajaan agar:
- Menyediakan bantuan diplomasi dan kemanusiaan kepada negara Republik Islam Iran
- Mengembleng penolakan antarabangsa terhadap perperangan haram ini melalui ASEAN, OIC, dan PBB, sebagai suara yang bulat mewakili Dunia Selatan untuk menolak serangan imperialis ini.
- Menggesa PBB:Kami menggesa Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB untuk memenuhi amanat yang termaktub dalam piagam PBB. Majlis Keselamatan harus segera memanggil sesi pertemuan kecemasan, sekaligus mengecam serangan ini secara sebulat suara dan mengeluarkan resolusi berikat agar Amerika Syarikat dan sekutunya Israel berhenti serta-merta daripada melakukan serangan. Reputasi PBB bergantung pada bagaimana pihak-pihak ini dipertanggungjawabkan secara sepenuhnya.
Kami memberi amaran kepada negara-negara yang membuat serangan: pencetusan perperangan di rantau yang rapuh ini akan mendatangkan kesan yang tidak boleh dijangka. Pendekatan damai, hormat, dan dialog adalah satu-satunya pendekatan yang harus diambil.
Hentikanlah perperangan. Pilih jalan pendamaian.

