Citizens International

MEMBACA & MENDUNIA (Siri Diskusi Buku) – Islam & Cabaran Era Kolonial (#2)

MEMBACA & MENDUNIA (Siri Diskusi Buku) - Islam & Cabaran Era Kolonial (#2)

 
Siri Baca & Mendunia tiba sekali lagi dengan tema “Islam & Cabaran Era Penjajahan Moden”.
 
Kali ini kita bakal membincangkan tradisi Islam dan perkaitannya dalam mendepani cabaran kolonialisme dan negara moden. Sejarah gerakan Islam sedunia bergerak seiring dengan sejarah perlawanan dan pergelutan dengan cabaran-cabaran pentadbiran kolonialisme. Melalui perlawan dan pertembungan ini, gerakan dan para pemikir Islam mula melancarkan kritik, bahkan turut menawarkan alternatif baru untuk mendepani realiti dunia moden.
 
Tiga teks kali ini dipilih oleh tiga pembentang ini bagi mengupas detik-detik penting, baik dari sudut idea mahupun kegiatan di lapangan, yang tersisip dalam sejarah gerakan Islam moden dan bagaimana mereka bereaksi terhadap cabaran kolonialisme moden yang penuh rencam.
 
Tiga Buku Pilihan
  1. Seeing Like a State: How Certain Schemes to Improve the Human Condition Have Failed, James C. Scott (oleh Sdr Sharifah Umairah, Ankara University)
  2. Sosialisme Islam (Al-Ishtirākiyyah al-Islām), Mustafa as Sibaie (oleh Nazhrin Faisal)
  3. Islam in an Era of Nation-States: Politics and Religious Renewal in Muslim Southeast Asia, edited by Robert W. Hefner & Patricia Horvatich (oleh Imran Mohd Rasid, Citizens International)
Tarikh : Jumaat, 17hb April 2026
Waktu : 5.30.00PM – 7.00 PM
Tempat: Richiamo Coffee, IIUM
 
Pengajur Bersama: Citizens International, Congress IIUM, PACE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *